Saturday, October 22, 2011

Kita telah dilaporkan seluruh dunia dengan berita kematian Muammar Gaddafi bekas pemimpin utama Libya. Tetapi siapakah dia dari sudut pandangan berbeza.

Kita telah disajikan tentang pemerintahan dia yang teruk, tapi kenapa tidak kita melihat siapakah yang menyajikan berita itu kepada kita.

Amerika, Britain dan siapa????

Kenapa mereka???

Mereka memang tidak menyukai Gaddafi yang tidak sehaluan dengan mereka, tetapi memiliki rizab minyak yang tinggi.

Tengok kekayaan Libya

£12 Billion di Britain dibekukan (kaya kan Libya)

Ditambah lagi dengan £22.5 Billion di Amerika dibekukan (mmg pada waktu Gaddafi memerintah banyak kekayaan Libya ni kan)

Tapi mungkin ada sebab lain yang bagi rakyatnya Gaddafi ni jahat.

Malaysia ada ke banyak tu???

Tapi jahat macam mana pon bagi aku (pendapat peribadi sahaja) jangan marah2 atau terasa hati dengan kenyataan ini, kematian Gaddafi tidak sepatutnya begitu.

Kalau masa zaman Nabi, orang yang memerangi Islam sekalipun tapi bila tiba satu masa dia melafazkan memohon perlindungan setahu aku orang itu dilindungi dan perlu diadili dengan cara yang lebih adil.

Adakah anda percaya pejuang Libya yang tembak Gaddafi??

Cuba bayangkan, PBB melalui Hak Asasi Manusia nk siasat kematian Gaddafi, kenapa??

Sebab, kalau kematian disebabkan tidak berperikemanusian, dia akan ambil tindakan kepada Kerajaan sementara kan, so, apa akan jadi, semua negara luar yang sememangnya menantikan saat ini akan mula masuk campur urusan pentadbiran di Libya. Tiada lagi NTC rasanya.

So, mereka dapat juga menguasai Emas Hitam Libya yang susah sangat diaorang nk ambik waktu Gaddafi ada.

Bukan untuk menyokong Gaddafi, tapi, jangan sampai bila suatu masa nanti negara2 yang terlibat ambik kesempatan ke atas semua negara-negara Islam yang asalanya kaya raya.

Semuanya telah >>>>>


Ermmm...

Ini luahan hati je, berdasarkan fikiran yang x seberapa dari aku ni...

Entah lah... x mampu nk sampaikan the real what i'm thinking about...


Coretan Seketika Bosan

Monday, October 17, 2011

Dah lama x update blog ni, bukan setakat sarang spider, entah-entah drakula pun dh ada ni...

ermmm... dh tlong tengok2 blog kakak aku tu, tetiba rasa nk update gak la entry ni, sometime tu kena give time for writing kan... writing thesis x sentuh lagi, nk write kat sini la pulak...

sekarang ni kat semenanjung, Malaya, but miss Bintulu Sarawak... entah lah, rindu UPMKB to much la, kemeriahan di sini x dapat diganti dengan kesunyian di Bintulu, Bleh macam tu... tp ok la kan... duduk sini dapat jumpa family selalu. x de lah setahun sekali baru dapat balik...


ambil peluang duduk 2 bulan kat sini to gathering with my family and celebrate 'Aidul Adha x lama lagi kat kampung Peralla, Kelantan... most people said Kelantan and Terengganu probably meriah la.. meriah ke x ke, lain kira. yang pasti aku dapat balik tahun ni... huahuahau...

dh la... lain kali lah pulak update blog ni dengan lebbih imiah skit... dengan penuh perancangan la...hehehe

Thursday, June 23, 2011

Bosan

Lama dah x update blog ni... ni baru permulaan untuk hidup balik blog ni... nnt dh free elok nnt ada lah update baru blog ni...


hehehehe..


boringggggggggggggggggggggggggggggggggggg

Monday, September 27, 2010

Dah lama x update blog ni, so post ni just nk aktifkan kejap je... lepas ni baru check balik apa yang nk diluahkan di sini...


asyik kena kutuk blog ni nk runtuh dah bukan setakat sawang kan... hahaha...

Sunday, January 3, 2010

Ni lah aku... aku kumpul punye kumpul, guna punye guna... bila sekali aku ambik gambar ni... ha, cmni la jadinye... banyak juga ye... hehe...

di bawah ni aku tunjukkan koleksi pewangi yang aku ada, masih digunakan dan ada yang dah habis... hehe...

dan ada juga yang aku dah hantar botol kosong ke rumah, dan ada yang aku bagi hadiah kat rumet aku bila aku pakai, baunye bagi aku x best... hehe...






Ni punye semua yang masih ada dalam simpanan... ada 8... 2 je botol kosong tu...





ni pulak yang aku g beli dgn Fuad kat exotic... potongan 50% k... hehe... rembat je lah kan...





ni pulak sama jugak, 50% less... so, aku rembat yang ni sekali, tapi bila dah at bilik, bau dia sama dgn bau pewangi yang aku pernah guna... huhu...





yang ni aku beli pada 16 Jun 2008, setibanya dari semenanjung kat airport Bintulu... bersama seorang kawan, aku beli perfume ni sebelum jadi Pembantu Universiti...





yang ni, x wangi la bagi aku, nyesal gak la beli pada Julai 2009... ermm... x habis lagi...




ha, yang ni special, abang aku yang bagi, kebetulan waktu tu balik raya tahun 2007, abang aku bagi perfume ni, waktu tu dapat 2 botol, satu dari abang yang lain, dan skrg dah habis dan botol kat rumah... hehe... skrg yang ni pon dah habis...

yang lain2 tu x yah la aku ceritakan kat sini kan, biasa la... wangian biasa2 je... yang penting, sepanjang aku 4 tahun kat sini, dah ada 13 jenis pewangi aku guna, termasuk body spray (*Romano, Enchanteur (btol x ejaan ni), dan perfume yang aku beli kat 1Borneo)...

skrg ni aku nk guna 2 yang pertama tu je, sbb baru beli... haha...

panjang nye aku type entry kali ni, ermm... gambar ni dah cerita semuanya dah... hehe...

thanx for my brother sbb bagi aku banya perfume doh sepanjang aku belajar ni, walaupun satu dah pecah walaupun x sampai seminggu aku dapat... huhu...

thanx also to my friend sbb sesetengah tu mmg dah tau aku ni jenis suka perfume ... haha... kalau ada keizinan dari Allah, aku nk beli Playboy Malibu lak... One Drop Perfume blom beli lagi... huhu...

Hehehe...

Sekian...


Saturday, November 21, 2009

Fikir-fikirkan & Renung-renungkan!!
Kita hari ini ingin memerdekakan hawa nafsu.
Hawa nafsu yang selalu menguasai diri kita.

Dalam keadaan kesedaran kita melakukan perbuatan yang Allah tidak redha.

Benar-benar sedar apabila tangan menerima sesuatu yang tidak halal.

Dan kita tidak mampu menghalang apabila tangan menerima sesuatu yang tidak halal.

Kita sedar bahawa kaki ini melangkah ke tempat Allah tidak redha, tetapi kita tidak sanggup mengendalikan kaki kita sendiri.

Bahkan ketika mata melihat sesuatu yang tidak halal, kita tidak sanggup untuk menutup mata kita, padahal itu diri kita sendiri.

Betapa kuatnya hawa nafsu yang menguasai diri kita.
MasyaAllah.

(Pesanan dan nasihat dari
Ustaz KH Muhammad Arifin Ilham)


"Terimalah Taubat HambaMU yang Hina ini Ya Allah!!"

Ya Allah, Ampunkanlah HambaMU...

Wednesday, November 11, 2009

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”



*** nukilan kittun...


Tuesday, November 10, 2009

Tertarik jugak aku baca banyak blog yg dok cerita pasal wangehsan ni...

wangi sangat duit tu... hehehe...

tapi aku seronok bila soalan ni bermain di fikiran aku...

1) kenapa wang ehsan bukan royalti???

2) adakah perbezaan politik, rakyat kelate x layak terima royalti???

3) adakah 1Malaysia ni lagu ni??? semuanya kena sokong BN??? buat apa ada sistem demokrasi mcm tu kan... ermmm... tp x pe tunggu la nnt...

4) dulu Terengganu dapat royalti pada waktu BN perintah T'ganung... waktu tu mungkin telaga minyak 3 batu nautikan kot... tetiba bila PAS menang kat Tranung... telaga minyak tu tetiba je berganjak sejauh beratus-ratus batu nautika dari Tranung sbb tu royalti kena tarik balik... waktu tu laut berubah sbb nk dekat dgn tsunami kalau nk tahu... pastu bila BN menang tahun 2008, Ahmad Said mintak duit royalti balik sbb telaga tu dh balik kurang 3 batu nautika dari perairan Tranung pulak dah... sbb tu royalti diberi balik... kan3... apa pandangan semua...

5) adakah Kelate pon sama gak nnt... tetiba je kalau... ditekankan kalau BN menang... Telaga minyak pon mungkin berenang ke tepi pantai gak kot...

6) berapa keuntungan yang diperoleh kat kawasan bertindih erk??? Negara lain pon sedut minyak kat situ gak ker??? kalau sedut gak... sape konsesi minyak untuk sedut minyak tu erk...

7) sape yg urus duit wang ehsan nnt erk??? sampai x rasa2 nye kpd rakyat??? sbb setahu aku susah jugak la kan... ramai sebenarnya penyangak mata wang kat luar sinun yg sukar dipercayai kewarasannya... tapi x pe lah... tunggu dan lihat... wait and see...

8) apa jenis pembangunan yang nk dibuat erk... kan kuasa ke atas tanah negeri atas pentadbiran kerajaan negeri... kan senang kalau duit tu bagi je kat kerajaan negeri... pandai2 la dia nnt... tanah dia, rakyat dia... susah kah...????

9) sampai bila rakyat kelate akan dinafikan hak royalti mereka...???

10) wait and see??????????????????????????????? sampai bila?????????

11) dalam tempoh 18 tahun ada kes rasuah kah kat kelate sampaikan duit tu kerajaan negeri x leh uruskan untuk rakyat kelate??? owh... lupa kerajaan persekutuan kan x de kes rasuah sbb tu x de yg didakwa... mereka Bersih dan Amanah...

12) jajahan mana yang paling banyak membangun nnt????? harap2 semua lah kan...

13) aku syukur jugak walaupun hanya dapat "wang Ehsan" kan...

14) walaupun selama ni bukan main lagi dinafikan kan3....

15) selama ni kata mcm2 kan... x layak itu dan ini... sekarang bagi... nmpknye selama ni kata2 itu semua adalah penipuan lah... (** kesimpulan sendiri tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati)...

16) nafi and bagi... best gak tu...

17) you have no right but i give u to show my sympathy... ok?????

18) nk tunjuk baik nk dapat "X" pada 2012 nnt kah????

cukuplah setakat ni persoalan ini disiarkan... x lama lagi ada lagi kot... tengok lah nnt.... x larat nk type... hehe... ok lah... selamat menjawab... haha....

sekian....

puteraf1

Wednesday, August 26, 2009

Bisikan Malam
UNIC

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam di jiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani air mata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih-Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah-Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujudku mendambakan keredhaan-Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat-Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diriku
Hanyut terleka di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada-Mu
Hidup matiku hanyalah untuk-Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwaku dengan keimanan
Hanya pada-Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

Ya Allah tunjukkanlah aku jalan menuju cahaya MU
Berikanlah aku peluang untuk menjadi hambaMU yang bersyukur
Jadikanlah aku hambaMU yang mendapat HidayahMU...