Wednesday, August 26, 2009

Bisikan Malam
UNIC

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam di jiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani air mata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih-Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah-Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujudku mendambakan keredhaan-Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat-Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diriku
Hanyut terleka di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada-Mu
Hidup matiku hanyalah untuk-Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwaku dengan keimanan
Hanya pada-Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

Ya Allah tunjukkanlah aku jalan menuju cahaya MU
Berikanlah aku peluang untuk menjadi hambaMU yang bersyukur
Jadikanlah aku hambaMU yang mendapat HidayahMU...

Wednesday, August 5, 2009



Aku terbaca ni kat satu forum...

Klik Sini

Jaga lah kesihatan kita supaya sentiasa sihat dan tidak jatuh sakit kan...

Pegi kelas tu bagi yg lilin gunalah payung...

Kalau mcm aku x pa lah kan... dh mmg batu pon... Hehehe...



Monday, July 13, 2009

Pelik aku baca ni...

Bantuan kerajaan pusat

Beliau berkata, projek pembinaan jambatan itu untuk rakyat, sama seperti pembinaan sekolah, klinik dan sebagainya.

"Pembinaan jambatan dikatanya rasuah tetapi bantuan persekolahan kerajaan pusat untuk pelajar miskin, anak orang PAS ambil juga.

"Kita nak tengok kalau jambatan itu dibina nanti, adakah orang PAS lalu atau tidak," tambahnya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih Tuan Aziz.

http://www.malaysiakini.com/news/108378


Aku pelik part yang bantuan persekolahan kerajaan pusat untuk pelajar miskin, anak orang PAS ambil juga. Maknanya kalau anak orang PAS yang susah tu, tetap x leh ambik bantuan sbb dia orang PAS, adakah begitu, pelik aku, nk bantu orang pon kena berpolitik jugak ka, x dapat la pahala, dah la skrg ni Datuk Najib dok propa doh kan yang 1Malaysia, mana ni...


ISH... susah la aku nak fikir, satu benda yang x sepatutnya dia nk buat speku di situ, aku sendiri pon dtg kat uni ni ada bantuan dari kerajaan ok... walaupun aku kat negeri yang dikuasai oleh pembangkang, tapi ini lah yang sepatutnya bagi aku, kerajaan nk dptkan hati rakyat bantu dulu, ni x, bagi skit nk balasan banyak, lepas tu dh dapat balasan, tinggal la terus negeri tu, kalau x dapat, selagi tu lah dia dok nk bantu kan... bantu pulak x ikhlas, terus macam nk ugut, kalau x sokong, x dapat bantuan tu, x dapat kemajuan tu... aku cuma menyuarakan pendapat kat sini sbb aku dok berbahas dengan sorg member hari tu...


dia tanya aku, kau rasa, kelantan membangun ka?

aku kata, membangun ja...

dia kata 18 tahun kat kelantan tu di bawah pemerintahan PAS macam x dpt nk janakan pendapatan sendiri ja...

Aku dh x nk bahas apa2 kan... aku cakap kalau Malaysia ni 50 tahun diberi peluang di bawah BN, apa kata biarkan saja Kelantan di bawah PAS selama 50 tahun jugak, not fair kalau nk judge sesuatu dengan tempoh masa yang x sama....


dan aku rasa kat sini pon aku nk tambah...


kalau ada yang tanya apa bangunan besar2 kat kelantan bagi menunjukkan kelantan dah nk maju...

aku nk jawab selepas berapa tahun pemerintahan BN baru dapat bina menara ...

kalau tanya pasal masjid besar2 yang menunjukkan rakyat kelantan tu ramai islam kan...

aku nk jawab perlu ke masjid besar2 gah mcm nk mengalahkan populariti masjid nabi ka apa ke..tapi orang nye x dok... semua nye hanya nama dan rupa...x de isi dan x berguna...nk mcm tu....

setakat ni aku tahu, pembanguna sikap, akhlak dan rohani dulu baru pembanguna lahiriah... mcm dh x de isu politik lain dah ka nk tanya..sekrg aku tahu kenapa TGNA x jawab pasal cabaran DSMY...

biarlah apa2 pon aku hanya doakan agar ISLAM TERTEGAK DI BUMI INI UNTUK SELAMANYA, JANGAN KERANA FAHAMAN POLITIK YANG BERBEZA, AGAMA TERGADAI, DAN ADA YANG SANGGUP MENODAINYA...


SEKIAN LUAHAN HATI AKU SEBAGAI ANAK JATI NEGERI KELANTAN...


Wednesday, July 8, 2009

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik

Saturday, June 20, 2009

Tak mampu melepasnya walau sudah tak ada
Hatimu tetap merasa masih memilikinya
Rasa kehilangan hanya akan ada
Jika kau pernah merasa memilikinya

Pernahkah kau mengira kalau dia kan sirna
Walau kau tak percaya dengan sepenuh jiwa
Rasa kehilangan hanya akan ada
Jika kau pernah merasa memilikinya




Thursday, June 18, 2009

BILA...

Aku mengharapkan satu saja...
Bila kah akan tiba saat itu untuk aku...
Mendapat rahmat dan petunjuk Ilahi...
Bilakah taubatku diterima olehNYA...
Bilakah tiba doaku dimakbulkan olehNYA...
Bilakah akan tiba detik dan ketikanya...
Aku tinggalakan dunia ini...
Aku mengharapkan tidak akan lagi ada masa sedih bagiku...
Tidak ada lagi air mata...
Tidak ada lagi penyesalan...
Hanya yang ada rahmat dan restu...
Kemaafan dan kasih sayang...



Sunday, May 31, 2009

Assalamualaikum...

NUNUABARNU...OSONONG JA AKU...

Dah lama aku x update blog ni, apa-apa pon aku masih lagi pemilik blog ni k...
Semalam kami dah sampai di KK ni untuk jalan-jalan... Kami sempat singgah jap di Karambunai, dan pergi ke 1Borneo jap la kan, apa lagi shopping la kan...

Apa-apa pon skrg kami akan meneruskan perjalanan ke Ranau dan Kundasang dan akan pergi jalan-jalan kat rumah member-member dari IPS...

Kawan-kawan yang tidak dapat dilupakan...

Terima kasih kepada mereka sebab melayan kami tetamu ini bagaikan kami bukan tetamu mereka tetapi bagaikan kami sebhaagian dari ahli keluarga besar mereka di sana.

Sekarang mereka semua dah balik ke rumah masing-masing sebab mereka kan dah cuti, kami je lah lepas ni terkebil-kebil kat IPS tu x de kawan-kawan sudah...

Susah la aku nak belajar DUSUN kan... AHAAKKKZZZ....
hehehe...

BA OK LAH... KAINO MIMPANAU SEKITAR SABAH BA...

HEHEHE...

BYE....

Sunday, April 12, 2009

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!' Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.


Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus di sosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kitatidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.


'Keluar berduaan antara lelaki dan perempuan , berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburanyang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.



'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. ..... 'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?' Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..


'Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,sehingga kita tidak sedar. 'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ...' 'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam danmengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.'


'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... ' 'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya murid- murid. 'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.' 'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akansedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'. 'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...'


RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA.. MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGADIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYABILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

Sekadar perkongsian bagi diri penulis yang juga mula hanyut dibuai rasa alpa dan jauh dari Yang Esa... Semoga kita sama-sama kembali ke jalan Yang Diredhai NYA...



Ya Allahu Rabbi...
Segala puji-pujian bagiMu wahai Tuhan
Pemilik dan Penguasa sekalian alam
Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W, Rasul pilihan
Pembawa petunjuk sepanjang zaman

Ya Allah...
Pandanglah daku dengan belas kasihMu
Dengarkanlah wahai Tuhan
Dariku pengakuan dan rayuan
Sesungguhnya daku telah menganiayai diriku sendiri
dengan dosa-dosa yang terlalu banyak
hidupku tiada pedoman dan haluan

Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang
Terimalah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku

Ya Allah...
Pimpinlah daku ke jalan yang benar
Sehingga aku kembali menemuiMu wahai Tuhan
Dunia ini pasti ku tinggalkan
begitu juga segala-gala yang ku sayang
yang sering melalaikan
Maka tatkala aku kembali, tempatkanlah daku
di tempat yang baik di sisiMu
Sinarkanlah hidupku ini Ya Allah dengan sinar Al Quran
Berilah pimpinan dan petunjukMu kepada ayah bondaku serta kaum keluargaku
Jadikanlah kami Ya Allah termasuk di dalam golongan
hamba-hambaMu yang soleh
Dan mendapat keredhaanMu
Hidupkanlah daku dalam keadaan taat dan patuh kepada segala suruhanMu
Berilah daku kekuatan untuk menjauhi segala larangan dan tegahanMu
Berilah daku kekuatan untuk menghadapi liku-liku perjuangan hidup ini Ya Allah...
Dan akhirkanlah hidupku dengan mati dalam Iman berserta jiwa yang tenang