Saturday, November 21, 2009

Fikir-fikirkan & Renung-renungkan!!
Kita hari ini ingin memerdekakan hawa nafsu.
Hawa nafsu yang selalu menguasai diri kita.

Dalam keadaan kesedaran kita melakukan perbuatan yang Allah tidak redha.

Benar-benar sedar apabila tangan menerima sesuatu yang tidak halal.

Dan kita tidak mampu menghalang apabila tangan menerima sesuatu yang tidak halal.

Kita sedar bahawa kaki ini melangkah ke tempat Allah tidak redha, tetapi kita tidak sanggup mengendalikan kaki kita sendiri.

Bahkan ketika mata melihat sesuatu yang tidak halal, kita tidak sanggup untuk menutup mata kita, padahal itu diri kita sendiri.

Betapa kuatnya hawa nafsu yang menguasai diri kita.
MasyaAllah.

(Pesanan dan nasihat dari
Ustaz KH Muhammad Arifin Ilham)


"Terimalah Taubat HambaMU yang Hina ini Ya Allah!!"

Ya Allah, Ampunkanlah HambaMU...

Wednesday, November 11, 2009

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”



*** nukilan kittun...


Tuesday, November 10, 2009

Tertarik jugak aku baca banyak blog yg dok cerita pasal wangehsan ni...

wangi sangat duit tu... hehehe...

tapi aku seronok bila soalan ni bermain di fikiran aku...

1) kenapa wang ehsan bukan royalti???

2) adakah perbezaan politik, rakyat kelate x layak terima royalti???

3) adakah 1Malaysia ni lagu ni??? semuanya kena sokong BN??? buat apa ada sistem demokrasi mcm tu kan... ermmm... tp x pe tunggu la nnt...

4) dulu Terengganu dapat royalti pada waktu BN perintah T'ganung... waktu tu mungkin telaga minyak 3 batu nautikan kot... tetiba bila PAS menang kat Tranung... telaga minyak tu tetiba je berganjak sejauh beratus-ratus batu nautika dari Tranung sbb tu royalti kena tarik balik... waktu tu laut berubah sbb nk dekat dgn tsunami kalau nk tahu... pastu bila BN menang tahun 2008, Ahmad Said mintak duit royalti balik sbb telaga tu dh balik kurang 3 batu nautika dari perairan Tranung pulak dah... sbb tu royalti diberi balik... kan3... apa pandangan semua...

5) adakah Kelate pon sama gak nnt... tetiba je kalau... ditekankan kalau BN menang... Telaga minyak pon mungkin berenang ke tepi pantai gak kot...

6) berapa keuntungan yang diperoleh kat kawasan bertindih erk??? Negara lain pon sedut minyak kat situ gak ker??? kalau sedut gak... sape konsesi minyak untuk sedut minyak tu erk...

7) sape yg urus duit wang ehsan nnt erk??? sampai x rasa2 nye kpd rakyat??? sbb setahu aku susah jugak la kan... ramai sebenarnya penyangak mata wang kat luar sinun yg sukar dipercayai kewarasannya... tapi x pe lah... tunggu dan lihat... wait and see...

8) apa jenis pembangunan yang nk dibuat erk... kan kuasa ke atas tanah negeri atas pentadbiran kerajaan negeri... kan senang kalau duit tu bagi je kat kerajaan negeri... pandai2 la dia nnt... tanah dia, rakyat dia... susah kah...????

9) sampai bila rakyat kelate akan dinafikan hak royalti mereka...???

10) wait and see??????????????????????????????? sampai bila?????????

11) dalam tempoh 18 tahun ada kes rasuah kah kat kelate sampaikan duit tu kerajaan negeri x leh uruskan untuk rakyat kelate??? owh... lupa kerajaan persekutuan kan x de kes rasuah sbb tu x de yg didakwa... mereka Bersih dan Amanah...

12) jajahan mana yang paling banyak membangun nnt????? harap2 semua lah kan...

13) aku syukur jugak walaupun hanya dapat "wang Ehsan" kan...

14) walaupun selama ni bukan main lagi dinafikan kan3....

15) selama ni kata mcm2 kan... x layak itu dan ini... sekarang bagi... nmpknye selama ni kata2 itu semua adalah penipuan lah... (** kesimpulan sendiri tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati)...

16) nafi and bagi... best gak tu...

17) you have no right but i give u to show my sympathy... ok?????

18) nk tunjuk baik nk dapat "X" pada 2012 nnt kah????

cukuplah setakat ni persoalan ini disiarkan... x lama lagi ada lagi kot... tengok lah nnt.... x larat nk type... hehe... ok lah... selamat menjawab... haha....

sekian....

puteraf1