Saturday, February 28, 2009
Hari ni aku banyak buka laman web, dan tetiba, aku ternampak gambar seni kayu ni, dari kayu diaorang buat souvenir la kan...
1. Free Your Hearted From Hatred-Forgive.
2. Free Your Mind From Worries.
3. Live Simple And Appreciate What You Have.
4. Give More.
5. Expect Less From People But More From God.
Saya belajar,
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..
Saya belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...
Saya belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.
Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali
Serta orang yang begitu perihatin pada saya.
Saya belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.
Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya...
Saya belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan saya....
Dan untuk itu saya harus memaafkannya....
Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...
Saya belajar,
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
Tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan...
Saya belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...
Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki,
Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..
Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..
Saya belajar,
Bahawa saya punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis...
Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang saya cintai..
Saya belajar,
bahawa orang – orang yang yang saya kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan saya...
Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.
Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga diriku mengambil iktibar di atas apa yang telah berlaku...
~hati nurani~
Warna dapat mengubah rasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang, menutupi ketidaksempurnaan dan membangun suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.
Kadang-kadang warna dapat menceriakan suasana, warna membuatkan hati anda gembira, kemurungan hilang, kesedihan hilang, rasa bahagia muncul...
Cuba la tengok gambar-gambar ni...
Jadi warnailah kehidupan anda dengan warna-warni kehidupan...
Anda akan lebih ceria dan bertenaga menjalankan aktiviti harian anda...
Jangan hilangkan keceriaan di wajahmu...
~hati nurani~
Thursday, February 26, 2009
Awak Anugerah Terindah Pernah Saya Miliki...
0 comments Posted by krissneon at 2/26/2009 10:21:00 PMAwak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi you can always count on me
Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan…
Awak
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal bumi ni rasa macam dah tak cukup graviti
Awak
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati
Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak guna
Awak
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat-buat pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak
Walaupun saya rasa cam mimpi
Awak
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all the gud lucks and take care hari-hari
Saya takut awak masih marah
Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa
Saya malu nk tunjuk muka kat awak
Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadi saya blah macam tu aje
Saya segan
Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi
Awak
Hari ni saya nampak awak dari kelas
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri
Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi
Awak
Hari ni saya menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri
Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
Awak fokus kat tv
Awak
Hari ni saya tengok gambar kita senyum
Tapi gambar tinggal gambar
Nak buang sayang nak simpan sedih
Awak
Esok antara kita ada “balai berlepas”
Esok…tiada esok untuk saya
Esok juga…tiada esok untuk awak
Awak
Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada jahat lagi
Buat sakit hati
Awak
Sebelum pergi
Hari ni..kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak.....
Pernah jadi kawan saya.....
Keistimewaan persahabatanMU tak terungkap...
~HATI NURANI~
Hidup ini bukan untuk dimiliki
hidup ini bukan untuk dikhianati
tapi hidup ini untuk kita lalui...
dimana hanya ada dua persimpangan pilihan
satu jalan yang kadangkala sepi
satu nikmat yang penuh bererti...
hidup yang bahagia
tak selamanya indah
hidup yang derita
tak selalunya gundah...
jalan yang dipilih
mungkin silap
mungkin juga betul...
jika keliru
minta bantuan Ilahi
jika buntu
cari bantuan Yang Satu...
moga kau bijak memikir
agar tak tersilap dalam percaturan ini
usah kau cepat menyerah
takut nanti kau gagal
gagal sekali
mungkin boleh dibaiki
tapi jika berterusan gagal
dah tentu tak lagi berguna ....
Wednesday, February 25, 2009
Nak blaja MAGIC? huhu
magic ni senang je..
Cari sorg kawan,member atau sape² je la
pastu suruh dia ulang perkataan "tikus" sebanyak 21 kali berturut-turut
...tikus...tikus...tikuss....tikus.. x 21
habis je dia cakap,
terus tanye dia... " kucing takut? "
Secara automatik dia akan terus ckp " TIKUS! " tanpa pikir ape² pn
haha...
tak ke magic tuh
trick ini lah dikatakan "LAW of REPETITION"!
oh,ape tu?
Secara lumrah manusia... apabila sesuatu pekerjaan itu dilakukan berulang-ulang kali, pekerjaan tu akan jd sebahagian drp habit kita yg mana secara tak langsung akan dikawal oleh unconscious mind kita..
so.. dr magic td, kita dpt lihat ssuatu pkara yg diulang² byk kali itu akan stick kat kelakuan seharian kita tanpa kita sedari..
Walaupun jawapan yg diberikan adalah tikus..yg mana salah sama skali!
tp,Inilah dikatakan kekuatan "LAW of REPETITION"! atau dengan nama lainnya ialah "Istiqamah" ...
So, kepada sahabat² kat luar sana, byk pengajaran dpt kita ambil dr perkara ni..
jgnla mencarut slalu ye..
or mngumpat org sane sini ke..
lawan ckp mak ayah ke..
slalu tipu org ke..
or buat benda² tak elok ke..
nanti jd kebiasaan lak...sampai la besar nanti..
nau'zubillah
Start hari ni, tanamkan azam nak mulakan amalan² ibadah
amalan² kebajikan...
amalan² sunnah...
Walaupun rasa kekok awal²,
tp percaya la
dengan "LAW of REPETITION", apabila anda istiqamah melakukannya,InsyaAllah ia akan jd satu kebiasaan dlm khidupan seharian anda~ ^_^
remember that Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu andai kaum itu sendiri tidak berusaha mengubahnya...
* saling ingat mengingati sesama kita...
Bacalah...
1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..
2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS...
dah pakai, buang..
5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah
takde..hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..
9) kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.
10) lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa..kawan tu mcm AWAK LA. ..
bila saya hantar msg,
awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagainya.
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya dan kawan dan sahabat yang baik akan menghargai kawan dan sahabat yang ada disekelilingnya...
Yang pasti kata sahabatku...
"Kau bukan kawan aku, tapi kau lah teman aku, kerana kawan, sahabat, dan teman adalah berbeza"
Teman yang satu lagi kata:-
"Butterfly dont know what color their flying wings are, but human eyes know how it is, likewise, U dont know how nice you are but I know how special you are... Biar renggang di fana dunia, biar hina di mata manusia, biar semangat semakin tua, biar harta semakin berusia, biar jauh kedudukan kita, biar jurang pangkat antara kita, JANGAN TERGADAI SILATURRAHIM ANTARA KITA"
Sekian...
~HATI NURANI~
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
1. You cannot touch all your teeth with your tongue.
2. All idiots, after reading the first truth, will try it.
3. And discover that The first truth is a lie.
4. You're smiling now because you're an idiot.
5. You soon will forward this to another idiot.
6. There's still a stupid smile on your face.
I apologize about this .
You and I are idiot and we needed company ...
Monday, February 23, 2009
* memang ALLAH.. sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH.. sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH...
* memang ALLAH.. sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH.. sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.....
* memang ALLAH.. sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH.. sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH.. sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH...
* memang ALLAH.. sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL...
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti, samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH.. dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH.. sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA
BE CREATIVE, BE INNOVATIVE, THINK DIFFERENTLY, THERES ALWAYS BE A BETTER WAY....
Sunday, February 22, 2009
Saturday, February 21, 2009
Just for fun for whatever he ever did to our brotherhood at Palestine, Afghanistan, Iraq and so on… For the shoes at his face and for the people that is insane and lost his job…
So, he just try to find another job at job "STREET"… hahahaha…
When you feel like crying ....call me. ! . ! . !
I don't promise that I will make you laugh,
but I can cry with you.
If one day you want to run away
don't be afraid to call me.
I don't promise to ask you to stop......
but I can run with you.
If one day you don't want to listen to anyone.....
call me.
I promise to be there for you
but also promise to remain quiet.
But one day if you call......
and there is no answer.....
come fast to see me.
You will always be in my life, even if I am not in your life.
Cause you're in my memory
You are always in my mind...
Susah untuk dijawab, kecuali adakan pilihanraya dan kita akan tahu pemimipin macam mana yang dikehendaki rakyat. Tapi pada waktu itu, adakah rakyat akan turun mengundi, mereka kata dah serik, asyik undi lepas tu, hampeh….
UNTUK MELIHAT PEMIMPIN AKAN DATANG, LIHATLAH PEMIMPIN HARI INI.
Ungkapan ini amat sesuai sekali dihayati. Takut aku sebagai anak muda yang akan hidup di bumi Malaysia pada masa akan datang ni. Cuba bayangkan, kalau silap pilih, apa yang akan jadi, teruk… Amat teruk sekali…
Setakat hari ni, semua isu mahkamah, isu politik yang disensasikan, isu artis yang diagungkan, yang bakal berlangsung, “undilah artis kegemaran anda dalam Anugerah Bintang Paling Popular”…
Dulu, isu GAZA jadi sebutan di setiap pelusuk bumi Malaysia… tapi sekarang, sedih sangat, berita pasal GAZA pon yang kecik-kecik je. Sekarang ni yang besar pasal rasuah pemimpin yang ada di Malaysia. SPRM asyik naik je kat akhbar tu… memang rasuah amat berleluasa di Malaysia ni…
Pemimpin apakah mereka ini…
susah nk jawab…
“Kalau x de rasuah SPRM x de kerja lak kan”
Macam tu la pulak kan…
Hahahaha…
Rakyat GAZA sengsara disebabkan Zionis Jahanam…
Tapi rakyat Malaysia sengsara disebabkan oleh kebobrokan pemimpin Negara. Rakyat ditipu, rakyat dipermainkan, adakah ura-ura gula nak naik dan x jadi naik disebabkan oleh nk mengelakkan rakyat marah, ye lah kan baru je ambil alih pemerintahan Negeri Perak, tapi kalau ikhlas x naik Alhamdulillah, syukur aku kat sini, boleh la beli gula dengan harga biasa lagi, tapi sampai bila, semua orang harap sampai selamanya… walaupun x mungkin kan… Huhuhu…
Aku harap negara aku akan aman di bawah pemerintahan sekarang ni dan akan datang, x kisahlah dari pihak mana sekalipun, asalkan jagalah kebajikan rakyat, jagalah undi rakyat, jangan titiskan air mata rakyat di sini. Jangan gadaikan kepercayaan rakyat, jangan gadaikan maruah agama masing-masing…
Rakyat telah memilih kamu semua sebagai wakil rakyat, bukan nya sekadar untuk mendapat gelaran Yang Berhormat…jangan sampai rakyat menyampah dan mencemuh Yang Bobrok (harap jauh la kan)…
Semoga semuanya berdoa untuk kesejahteraan Negara dan agama.
Luahan Hati Rakyat Bersedih...
Monday, February 16, 2009
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".
Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya Cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia
berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau
dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. ALLAH tidak memberikan apa yang kita mahukan tetapi ALLAH akan memberikan apa yang kita perlukan.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..
*** bersama-sama lah kita saling ingat-mengingati...
kerana
orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SAYANG,
jangan cuba dapatkan apa yang kita SAYANG,
tapi SAYANGla dengan ape yang kita ade sebelum kita kehilangan ape yang kita SAYANG,
kerana
orang yang SAYANGkan kita mungkin orang yang sebenarnya kita SAYANG,
lebih baik untuk kita bersama orang yang SAYANGkan kita
daripada
orang yang kita SAYANG,
kerana
orang yang kita SAYANG mungkin hanya SUKAkan kita tanpa rasa SAYANG…
FIKIRKANlah….
Sunday, February 15, 2009
Aku tertanya-tanya berjaya ke program boikot-memboikot "mek dono" tu kan. Sebabnya "dia" buat discount utk waktu lunch... 12-3 pm... Uppercase kan.... Aku pon expect la yang disebabkan oleh x dpt sambutan sekarang ni kat restoran "diaorg" so, nk tarik balik customer ni kan kena la guna taktik menggoda kan. Ye lah kan kata "DR MAHATHIR" (dulu sebelum dapat...) "Melayu Mudah Lupa"... kita ni cepat sangat nk terlupa akan berita dari GAZA...
Dah lupa la tu... Ye la kan, sekarang ni cuba kita tengok berapa kerat sangat la berita pasal GAZA ni kan... Pasal ISRAEL pulak yang dicanangnya... (isu menang sape dalam pemilihan Perdana Menteri dari Parti Kambing Dilema ataupun Lingkup) ... Padahal, menang "natang yahudi" ke menang yang sekor lagi "lipas di sana sini" ke... Semuanya sama... SETUJU ???
Berbalik kepada "mek dono" tadi, sekiranya betul yang “mek dono” dah kehilangan pelanggan, maknanya segala usaha kempen memboikot ini adalah berjaya, betul x??? SETUJU???
Cuba bayangkan kalau selama sebulan macam ni… semestinya dalam tempoh setahun ataupon x sampai atau lebih, boleh golong tikar “mek dono” kat MALAYSIA ni kan. Caya lah rakyat Malaysia yang begitu sayangkan saudara kita di GAZA sana… Ingat mereka semua yang sekarang ni berjuang jaga MASJID kita semua tau (semuanya atas kehendak ALLAH dan atas Kuasa NYA yang menjaga AL-AQSA)…
Teruskan usaha kita semua memboikot segala barangan yang ada sekongkolan dengan ISRAEL…
Jangan nak mengada-ngada terlupa dan tertipu di tipu oleh iklan yang menipu itu..
OK... JANJI !!!!
Friday, February 13, 2009
Hari ni adalah hari-hari terakhir kawan aku kat MALAYSIA ni. Semoga beliau berjaya mengharungi segala perit jerih hidup di perantauan. Beliau akan menyambung pelajaran ke NZ nun jauh di sana.
Apa-apa pun TAHNIAH sahabat.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dan pandai-pandai la kawan jaga diri k. Jauh nun, and jangan lupa kan kamik kat sini k. Kalau lupa tak bagi balik MALAYSIA nanti tau. Hehehe...
Good Luck dalam menempuhi kehidupan disana K... Ingat asal kita k...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
**** pandai je nasihat org kan...kalau kau x dpt 4.0 sem ni siap kau...
**kau ditujukan kepada puteraf1
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Setelah lama aku mencuba wordpress, aku rasa macam susah sangat la nk manage... Lebih susah dari aku manage "sayang" aku tu... Hehehe... So, bila dah tiba masanya, aku pon promote la blog baru aku ni kan... Yang pasti nama Krissneon masih kat situ walaupun aku guna puteraf1 kat shout box tu...
Ok lah...
TQ sebab lawat gak blog aku kan... Hehehehe...