Saturday, February 21, 2009

Kesedihan Rakyat

Setelah hampir setahun pilihanraya umum yang mendedahkan seribu makna kejutan kepada semua, macam-macam isu politik yang timbul, termasuk YB yang telah melanggar amanah rakyat dan sebagainya. Kesedihan semestinya kepada rakyat yang telah mengundi pada pilihanraya yang lalu, kerana sekarang ni, semua yang diundi telah habis jusnya. Inikah YB yang sepatutnya diundi pada masa akan datang, sudah tentunya tidak kan. Habis tu YB yang macam mana yang akan dipilih???

Susah untuk dijawab, kecuali adakan pilihanraya dan kita akan tahu pemimipin macam mana yang dikehendaki rakyat. Tapi pada waktu itu, adakah rakyat akan turun mengundi, mereka kata dah serik, asyik undi lepas tu, hampeh….

UNTUK MELIHAT PEMIMPIN AKAN DATANG, LIHATLAH PEMIMPIN HARI INI.

Ungkapan ini amat sesuai sekali dihayati. Takut aku sebagai anak muda yang akan hidup di bumi Malaysia pada masa akan datang ni. Cuba bayangkan, kalau silap pilih, apa yang akan jadi, teruk… Amat teruk sekali…

Setakat hari ni, semua isu mahkamah, isu politik yang disensasikan, isu artis yang diagungkan, yang bakal berlangsung, “undilah artis kegemaran anda dalam Anugerah Bintang Paling Popular”…

Dulu, isu GAZA jadi sebutan di setiap pelusuk bumi Malaysia… tapi sekarang, sedih sangat, berita pasal GAZA pon yang kecik-kecik je. Sekarang ni yang besar pasal rasuah pemimpin yang ada di Malaysia. SPRM asyik naik je kat akhbar tu… memang rasuah amat berleluasa di Malaysia ni…

Pemimpin apakah mereka ini…

susah nk jawab…

“Kalau x de rasuah SPRM x de kerja lak kan”

Macam tu la pulak kan…

Hahahaha…

Rakyat GAZA sengsara disebabkan Zionis Jahanam…

Tapi rakyat Malaysia sengsara disebabkan oleh kebobrokan pemimpin Negara. Rakyat ditipu, rakyat dipermainkan, adakah ura-ura gula nak naik dan x jadi naik disebabkan oleh nk mengelakkan rakyat marah, ye lah kan baru je ambil alih pemerintahan Negeri Perak, tapi kalau ikhlas x naik Alhamdulillah, syukur aku kat sini, boleh la beli gula dengan harga biasa lagi, tapi sampai bila, semua orang harap sampai selamanya… walaupun x mungkin kan… Huhuhu…

Aku harap negara aku akan aman di bawah pemerintahan sekarang ni dan akan datang, x kisahlah dari pihak mana sekalipun, asalkan jagalah kebajikan rakyat, jagalah undi rakyat, jangan titiskan air mata rakyat di sini. Jangan gadaikan kepercayaan rakyat, jangan gadaikan maruah agama masing-masing…

Rakyat telah memilih kamu semua sebagai wakil rakyat, bukan nya sekadar untuk mendapat gelaran Yang Berhormat…jangan sampai rakyat menyampah dan mencemuh Yang Bobrok (harap jauh la kan)…

Semoga semuanya berdoa untuk kesejahteraan Negara dan agama.

Luahan Hati Rakyat Bersedih...

0 Comments:

Post a Comment