Monday, March 30, 2009

PATIK MENJUNJUNG KASIH TUANKU SEMPENA HARI KEPUTERAAN TUANKU...

SEMOGA ALLAH MENCURAHKAN RAHMATNYA KEPADA TUANKU DAN SEKALIAN RAKYAT JELATA...SEMOGA NEGERI KELANTAN BERTAMBAH MAJU DAN MAKMUR...
BAHAGIA DAN SEJAHTERA...

HARI NI 30 DAN ESOK 31 MARCH KALAU NAK TAHU CUTI KAT KELANTAN... SEBAB DIA...

AKU DAH CAKAP KAT ATAS TU...

TAPI APA-APA JE LAH KAN...

SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE BAWAH DYMM TUANKU AL-SULTAN ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM AL-SULTAN YAHYA PETRA...

DAULAT TUANKU...

Di sini ada la contoh ciri-ciri orang yang menyayangi kamu... If want to know that person love u or not... Let's check it out...


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu, di matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli, yang penting bagi dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, dimatanya kamu selalu yang paling istimewa walaupun mungkin kamu memang insan istimewa.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "selamat pagi", "slmt hari minggu", "selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu, kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu, kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu, kesukaanmu kesukaannya juga demi memahami dirimu.

10. Kalau terakhir kali dia bertemu kamu sedang sakit mungkin flu, pening, atau sakit gigi, beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia, dia akan simpannya menjadi kenangan terindah.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung, saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain, dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari, atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu, dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling ***** di dunia!

20. Ketika kamu melihat handphonenya, namamu menghiasi sebahagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri dari kehidupanmu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah orang yang berada disisi mu sekarang melakukannya dgn cara-cara seperti di atas?

Kalau ada, jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup... jangan menyesal x sudah... walau siapa pun dia, seperti maan dia yang sentiasa menerima kamu seadanya, terima la juga dia seadanya...

Walaupun tidak dapat diluahkan ucapan terima kasih atas kasih sayang nya selama ini di hadapannya, tunjukkanlah penghargaanmu...

Janganlah di tunggu satu saat yang tidak akan dapat di kembalikan... Jangan ditunggu hingga hujung nyawa untuk kembali menatap wajahnya...

ADA...

Renungkanlah cerita di bawah ni bersama-sama...

Nasihat menasihati sesama kita...

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.

TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.

''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI

DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''

KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''


Sunday, March 29, 2009

Aku nak minta maaf ngan sorang kawan aku sebab aku terus jumpa dia dan marah dia pasal periang ni...

And kawan aku ni cakap betul-betul bukan dia...

Kepada periang...

Jahanam kau... Go to Hell la... EH..lupa kau kan baik... Boleh ke go to heaven if u dah buat we all angry with u... Nak nasihat orang x berhikmah.. x belajar ke cara-cara menasihatkan orang dengan cara yang berhikmah...

WTF....WTH la kau...

sori la...aku kan jahat dan berdosa...

Aku happy gak la kan...

Blog aku ni kan blog orang yang berbuat dosa...

Tapi kan walaupun orang benci aku pasal blog ni...

Terima kasih je lah...

Benci-benci gak...

Sengal betul la kan...

Benci tapi buka juga blog aku ni...

Dah benci x yah la nk buka blog aku ni...

Apa kata g la melahar kat blog yang banyak-banyak tu...

Sekarang orang baik-baik dah boleh buka blog Tok Guru lagi...

ni contoh laman web yang ada nasihat agama la kan, yang selalu aku buka:

http://blogtokguru.com/ (ni baru je aku start buka)

http://saifulislam.com/

http://www.zaharuddin.net/

Xpun kau ni jenis pemberi nasihat...

Buka la laman blog azwan ali ke...Gosip.com ke... or whatever lah....yang ni aku x de contoh sbb aku x suka...

Kalau kau minat politik lak..buka la laman blog che det ke...

ataupu...

http://pure-hadharist.blogspot.com/

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

http://perisik-rakyat.com/

ha...ni contoh-contoh blog politik...ok...

senang-senang je nk melahar kat blog aku... bila masa blog ni aku suruh kau buka...

x pernah kan...kau je yg memandai nk buka..skrg aku dh remove dari upmkb bloggers..

macam mana kau jumpa lagi blog aku ni...

kau bookmark erk...

minat aku kerrww...

x yah la... aku x suka... cari org lain la...

satu lagi kau jgn pandang org dari luaran je ok...

kecuali lah kau ni.... (seseorang)

Monday, March 23, 2009

Assalamualaikum...

kepada yg berkenaan...entry ini ditujukan khas kepada anda...

diharap entry ini tidak dipenuhi emosi dan diharapakan ianya hanyalah entry

pandangan peribadi yang tidak menjejaskan hubungan antara sesiapa...

sebenarnya aku pelik, dunia-dunia...kenapa ada manusia diciptakan sedangkan manusia yang

akan jadi perosak di muka bumi ni kan... ok la...AL-QURAN dah jawab...

tapi kenapa manusia yang baik x sedar-sedar betapa tugas mereka berat dan mereka perlu

melakukan sesuatu dengan cara yang betul...

ingatlah walaupun anda adalah yang menegur kami yg dikatakan berbuat dosa ini...walaupun

anda adalah manusia paling baik kat muka bumi ni...

kalau anda tidak dapat menolong org yg berada di sekeliling anda...SIA-SIA...ok...

untuk itu saya nasihatkan org yg paling baik itu "periang" silalah melakukan perkara yang baik juga ok...

kita sepatutnya menyambung silaturrahim sebagai satu keluarga..

sebagai saudara seISLAM...

bila satu keluarga...ta'aruf... berkenalanlah dengan kami...tahu dulu sape kami...kenal pekerti kami..

and then...tafahhum...faham kami...faham hati budi kami...di mana silap kami yang sebenar...dan fikirkanlah how to help us...

third...takaful...tolong kami berubah...kalau anda katakan kami berbuat dosa...if u just said us did much of sin but u didn't try to help us... u are not a good person anymore...

remember this...

Sabda Rasulullah S.A.W...antara lain maksudnya...:"kalau seseorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beriktikaf sebulan di masjidku ini"... (Hadis..nnt I cari balik perawinya, sesiapa yg ada sumber bolehlah ditinggalkn di shoutbox k)

so...for ur info...if u don't know who i'm...macam mana awak nak faham kami...and also how to u to help me...

show urself as a real person...i want to say something private....

i can face u...

coz i berpegang pada kata-kata ini...

Lupakan kejahatan orang pada awak...Lupakan kebaikan awak pada orang...

Ingat kebaikan orang pada awak...Ingat kejahatan awak pada orang...

so...if possible i want to meet u...

td saya bercakap yg boleh dikatakan baik pada awak...

tapi saya nk tegur if u don't the right thing after this moment...

jangan disangka di sebalik kenikmatan dan kebaikan di muka bumi tidak tersembunyi kejahatan...

demikian juga jangan beranggapan bahawa setiap kejahatan dan keburukan yang menimpa orang lain akan terus melekat padanya selamanya...

seperti kelamnya malam yang akan muncul dengan cepatnya fajar...

lebih baik bagi seseorang yang rasa insaf dan sedih di atas kesalahannya dan dia bertaubat...

daripada seseorang yang semakin kufur dan ujub serta takabbur di atas segala kebaikannya dan amalannya...

saudara...saya nk ingatkan saudara...jangan ingat setiap manusia itu sempurna di dunia ini k...

saya tahu diri saya x sempurna...x famous seperti saudara yang memang saudara anggap famous dan mungkin saudara dah anggap diri sempurna sebab saudara baik dan famous...

ingat...

orang yang mempunyai rumah pun mungkin tidak memiliki kereta...

orang yang mempunyai makanan pon mungkin tidak dapat makan...

tapi saudara tidak mengamalkan ilmu saudara...

saudara ada ilmu agama yang sehingga dapat menilai dan mengatakan orang lain berbuat dosa...

tapi saudara tidak menegur diri si pelaku dosa itu dengan jelas dan berhemah...

maksudnya saudara juga belum sempurna sebagai saudara seISLAM dengan orang lain...

sampai di sini dulu entry kali ni...

jangan marah dan jangan segan ok...

kalau anda famous sangat jumpa saya...

saya nak kenal siapa anda...

sekian...

Saturday, March 21, 2009

Aku suka baca ayat-ayat ni...dan aku rasa aku nk masukkan entry setiap hati sebagai ayat yang best hari ni... Kalau aku mampu dan free tiap-tiap hari la kan... Hehehe...



When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.


The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you.


When you think you have no chance of getting what you want, you probably won’t get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.





Kalung diriku
aku yang seorang..
hidup seorang..
buat amende semua seorang..
mati nanti seorang gakk..

makan seorang2..
minum pon sorang2..
nak makan dua orang..
apakan daya..takde 'orang'..

aku yang seorang..
bangun pagi seorang..
tido pun seorang..
nasib baik ada room8 kat sebelah...

berjalan sorang2..berlari seorang2..
lepak sorang2...bermimpi pon seorang2..
berangan seorang2...jiwang pon seorang2..
pegi bandar seorang2.. balik bandar pun
seorang2.. kemana-mana pun seorang
pergi toilet memang la seorang2...
(takyah le temankan...)

bersendirian memang seorang2 pun..

semalam aku seorang...
kini aku masih seorang..
esok lusa sorang lagi kot..
takkan selamanya aku seorang kott..

tapi..
aku bukannya orang-orang. .
aku juga bukannya orang minyak..
dan aku juga bukannya orang gila..
dan aku juga bukanlah orang jahat (jahat hanya seorang yg tahu)..
tapi aku juga orang.. macam orang lain jugak..

aku tahu..
aku bukanlah orang berada..
aku juga bukanlah orang glamer..
dan aku bukanlah orang ternama..
walaupun aku hanya orang biasa..
aku tetap orang...

aku yang seorang...
walaupun aku sorang aku tetap orang..
takkan selamanya harus aku seorang..
untuk itu.. carilah seorang....
seseorang yang akan menjadi teman,
yang seorang..
tapi...masalahnya. .
layakkah aku berteman di hati seseorang?
layakkah aku untuk berada bersama mereka...

Aku seorang orang yang seorang...




Lirik ni nyanyian group nasyid In-Team aku suka sangat dengar...


Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam

Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata


Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan

Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang


Tidak sempurna iman, tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan

Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan









Friday, March 20, 2009

Aku x tahu macam mana aku boleh tertarik nk hantar entry waktu-waktu macam ni...
Aku tahu pelik, tapi aku perlu untuk luahkan ini hari ni...waktu ni..masa ni...at this moment k...

So...first aku nk tunjuk gambar ni...




aku sedih lagi...tapi kesedihan kali ni x de maknanya...

aku x tahu nk cakap apa..tapi aku tahu sape aku..ini ditujukan khas kepada yang

x suka kawan ngan aku..aku tahu, aku ni jahat... aku tahu

aku x sesuai kawan ngan org baik...

org baik hanya utk kawan org yg baik..

tapi baik ke kalau nk nasihat org pun x reti...

aku x tuju ada sape2..yg pasti aku hanya nk luahkan perasaan aku...

kalau selama ni aku jahat...aku minta maaf ngan kamu...

tapi kalau kemaafan kamu bukan utk aku...

x pe..aku redha...tapi kenapa kamu x faham...aku bukan nk sangat jadi jahat....

aku hanya hamba yang lemah...aku manusia biasa je..
kalau aku malaikat..bukan disini tempat aku...

i know i did a big stupid mistake that might hurt u too much....

i know hard to u to forgive me...

but i just want u to know something...

i pray to Allah every day..every time that i can...

i hope that..i can go see HIM when the time u forgive me are become realise...


ok lah aku rasa mcm x habis kalau aku terus terusan cerita apa yg terbuku di hati ni...

tapi kepada sesiapa yang x puas hati kat aku...cakap je...

aku x kisah asalkah cakap depan2..x yah la nk selindung2...

aku tahu kelemahan aku...

aku tahu susah utk kamu semua maafkan org mcm aku...

kadang2 aku rasa macam sebenarnya aku x layak je kawan ngan kamu semua kan...

kalau benar aku ni dah x layak kawan selama lamanya ngan kamu...

terus terang lah....

biar la hati aku hancur dan remuk ketika itu...
asalkan kamu puas hati...

aku tahu, kalau sikap aku ni x macam kawan2 kamu yg lain2....

tapi aku x kan tahu mana silap aku secara total kalau org x cakap...

kalau nk cakap sangat...

ni email aku..

puteraf1.mh@gmail.com

ataupun yahoo...

puteraf1@yahoo.com

x pon ni no phone aku...oopppss...kalau kau adalah kawan aku, kau mesti ada no aku...

***x jadi bagi no phone

i know who i'am...

but i don't know how much mistake that i did...

maybe i did a lot...

maybe i just a parasite in ur life ...

maybe i just a virus...


i hope that ...

plz...forgive me...

if u think i very stupid person...very crazy person...very apa2 aje...

plz inform me...

i want to know...

macam mana aku nk tunjukkan yg betapa regret nye aku...

how to show that...

i just want to know...

plz..don't judge me...don't torture my heart...

setakat hari ini..aku rasa ni lah yg paling panjang entry aku...

aku cuma nk cakap jugak kepada yang komen kat shout box tu..jgn nk komen separuh-separuh..

jgn timbulkan huru hara..jangan nk timbulkan spekulasi...

jangan nk buat propaganda... walaupun komen bukan utk aku ke...

tp blog aku...aku ada hak nk bagi ceramah k...

mmg la kalau komen tu bukan utk aku kamu akan cakap aku perasan..

tp yg nyatanya...ni blog aku..

nk tegur, tegur aku la tu..kalau x tegur org lain hubungi empunya diri tu sendiri la..j

gn nk guna blog aku...

sorry to say it..
ok

aku nk bagi ayat sms sikit kat sini...


jika matamu berat memandangku,
ringankanlah kakimu pergi dariku,
jika bibirmu terpaksa senyum padaku, relakanlah mukamu berpaling dariku,
jika susah utk kau melupakan kesalahanku dan kesilapanku,
senangkanlah lidahmu menghinaku (tapi jgn nk jadi parasit kat shout box tu k)
tapi andainya 1 hri nnt telingamu terdengar berita kematianku,
ikhlaskan lah kakimu mendekati
jasadku dan bisikkan kpdku kemaafanmu padaku...

walau kau x mampu mengungkapnya ketika hayatku...

aku harap dengan pemergianku akan memudahkan luahan kemaafan itu dari mu...

aku rasa mmg dah jd cerpen dah entry kali ni...

just tq sbb baca entry ni kpd yg sudi baca...

tq sgt2...

aku yg salah..aku yg bersalah k...

i know that, so for u... aku nasihatkan kamu jgn lakukan kesalahan yg aku dah buat...

don't do that...
k


tq...


Aku sengal sikit petang ni, pening, resah dan gelisah....

X tahu kenapa...Sukar nk explain...


Sukar diterjemah...

Kalau semua masih ingat yang aku belum bagitau lagi jawapan bagi soalan teka-teki entry sebelum ni...

So, kali ni aku bgtau la jawapan dia...

1) Kelapa

2) Gula-gula getah (kalau x puas hati, ada aku cakap hanya warna pink, hehehe)

3) Bersalaman (entah btol entah x...)

4) Khemah

5) Cincin kahwin la (tapi tunang pon boleh, lamar pun boleh asalkan cincin kepada org tersayang)

6) Hidung

7) Anak panah

8) Firetruck

9) Fork

10) Surname

11) Heart (x kata pulak pompuan x de k...)


Kepada yang fikir pelik2 ni ambik balik yellow page kamu...






Apa hangpa semua ingat aku nk kena letak gambar ni ke kat blog aku...

Ish...Ish...Ish....Ishq ka hua.... ahaha....




Sunday, March 15, 2009


Hangpa tahu gambar ni gambar apa???
Ni la pertama kali dalam sejarah aku kat kolej ni kena tindakan ni...
biasa la uols....x sempat nk sembunyi...


tapi itu semua adalah sejarah yang menghiasi suka duka kehidupan kita kan...
btol x??

yang pasti...
aku nak cerita pasal petang tadi, 15032009, aku keluar lunch la kan kat sebuah restoran, aku makan la kat sana kan..of kos la kan...

pastu yang aku x sangka nya kan...lepas makan, aku nak pi bayar, sampai kat kaunter tu kan...

cashier ckp dah bayar...
terkejut aku, dan dia tunjuk kat satu meja tu kan...

aku pon apa lagi senyum la kat sorang abang ni kan, dan ucapan terima kasih...
baik x abang ni...
hehehe..kalau lah dia belanja hari-hari kan best...


x pe lah lepas ni aku nk kenal lebih rapat la ngan dia...
mana tahu dapat makan free lagi kan...
hahaha....





Monday, March 9, 2009


Apa-apa pon aku just nk ucap Salam Maulidur Rasul 1430 H sempena hari ni 12 RabiulAwal kan...

so.... ni je entry kali ni..

harap kita sama2 mengingati baginda S.A.W.....





Saturday, March 7, 2009

Whatever k...

Just I Wanna To Say No Entry...

Bak Kata "Bulan" Jangan Nak Mencaras K...



Jangan Marah...

Just For Fun K...

Dah la Semalam I dan Kena Heart Attack ...

Hadoi...

Mmg mendebarkan wei...




Friday, March 6, 2009

Kepada semua..aku nk bagi teka teki kat hangpa ni…

Teka teki ni jangan disalah tafsirkan k...

Terlebih dahulu ambil pen dan kertas dan catat jawapan hangpa dalam kertas tu…

Sape nk jawab, sila bagi jawapan anda k..mengikut urutan soalan…

1) Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

2) Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

3) Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

4) Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

5) Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

6) Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

7) Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.


Ni lak dalam bahasa inggeris ke.. Kalau korang salah jawab lagi mmg aku bagi “yellow page” kat hangpa semua k...

8) What word starts with an 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?

9) What word starts with an 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.

10) What is it that all men have one of? It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

11) What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Ha….sekarang type semua jawapan hangpa semua dalam komen k…

Aku nk tengok sejauh mana kekuningan semua member aku…

ok…

Jawapan yang sebenar akan di poskan ke blog ni x lama lagi …

Esok sampai la tu…

TQ…

Hari ni, entah kenapa tension sangat, tersangat-sangatlah tensionnye...

So, seperti yang dah diniatkan, aku pon keluarlah dengan motor member aku niyh...dah lah proposal x siap lagi, tapi nk buat cmne, kalau aku terperap kat bilik pon sure la x siap gak, dah kepala ni dah sumbat habis dah...

First tu aku g la Farley, kononnya nk beli tuna nk buat makan ngan roti la kan... Tapi aku x minat sangat ngan roti ni... x tahu bila nk mknnya tuna tu..

Pastu aku g makan kat Restoran Kak Ros... kat Kampung Baru tu... makan bukan main lagi lamanya..dalam sejam gak ar... meriah gila kat meja makan tu.. x perlu nk malu sbb kami bayar sendiri kan..bukan guna duit org lain pon..btol x??

Tapi lepas makan, aku ngan member aku kata, MALAM MASIH MUDA ni.. Apa kata kita g lepak kat WATER FRONT... Ak yang x pernah2 g sana setakat dah siap ni... Siang pon x pernah ni kan pulak malam kan.. aku takut la jugak waktu tu, dah la gelap kalau x caye tengok gambar ni...











Gelap x????
tu la suasananya.. (biasa la org very da ketinggalan zaman kan)

lepas tu sbb nk rasa selamat skit kan, aku lepak la btol2 depan pondok guard tu.. Hahahaha... Very da penakut.. ye la kan kalau x...ish, risau wei...

Masa nk balik tu baru aku perasan, sepanjang sebelah jalan pejalan kaki tu, very da aku igt tiang lampu, rupa-rupanya joran2 kaki pancing kat situ, tengah jalan balik aku tengok la...

Fuhhhhhhhhh.... Besar uolsssssssssssssssssssssssssssss..............

Jangan nk mengada-ngada2 pikir benda lain... kebetulan abang tu naikkan ikan, very da besarrrrrrrrrrrrrrrr...

mmg nampak berkerja keras la wei... kalau dapat ikan tu mesti best buat ikan bakar kan...

Masa balik tadi, very da... KERETA POLIS tu macam x pandai bawak keta... Jalan aku kan... dia dari cabang yang satu lagi... very da laju.. menakutkan aku... dah la aku ni baru first time bawak motor kat bintulu ni...

Kaget gak la kan... jadi apa2 nnt susah wei... nk hantar aku balik guna kargo ke ...

ish.jauh la wei....

Tapi hati aku masih x tanang, x tenteram... x lepas lagi dari masalah ni... xtau cmne nk setelkan...

SOB..SOB...SOB... harap2 esok matahari terbit dengan membawa beribu makna dan membawakan kebahagiaan dalam diri aku...

HOPE that... HUHU....


catatan peribadi 05032009

Wednesday, March 4, 2009

Aku rasa tension sgt hari ni, very da very tensionnya... mana x tensionnya, esok dh hari khamis, lusa hari jumaat, ketua group aku dah bagi warn dah, siapkan proposal (bukan nk g propose dia k) sbb nk bagi kat co-supervisor tengok dulu sebelum supervisor kami datang hari isnin nnt... 09032009 (12 RAW 1430 H) ...

Aku dah la x buat apa-apa lagi..tp sempat pulak update blog ni...sebenarnya sambil cari da information la... very da kelam kabut but so excited coz td aku ada berkenalan ngan seseorg yg dapat la bagi aku semangat skit kot utk study hard lagi kan... Ahaks...

Hehehehe... (jangan salah faham k)

tapi whatever la kan... asalkan proposal aku siap... dah la aku nk tengok blog "seseorang" itu jap.. dia baru send URL blog dia..nk ke.. x yah la ...susah2 je.. Ahaks... Hehehe...


Yang pasti aku dah serabut.....


dah penuh dah tanda ni dalam kepala hotak aku ni..
huhuhu...









Tuesday, March 3, 2009

Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat susah,
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat payah,
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat perit,
Dugaan kehidupan bersilih ganti...

Kadangkala hidup ini membuat aku menangis.... .
Dengan segala yang terjadi.... untuk apa??? menyesali...
Kadang-kadang kita terpaksa menjadi susah
Supaya kita belajar menjadi tabah
Kadang-kadang kita terpaksa jatuh
Hanya untuk menjadi kuat
Kadang-kadang kita terpaksa berduka
Untuk mengenal erti gembira
Kadang-kadang kita terpaksa merasa sunyi
Supaya diri lebih menghayati...

Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Hanya kerana rasa benci pada diri sendiri
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku tidak tahu apa yg aku cari
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku amat keliru
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup
Kerana aku tidak tahu mensyukuri...

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Jika kepayahan ini dugaan Mu,
Jadikanlah hambamu ini lebih tabah,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika kesedihan ini untuk menguji imanku,
Jadikanlah aku lebih mensyukuri nikmat mu....


~hati nurani~



Sunday, March 1, 2009

Jika aku bukan sahabat terbaik,
Janganlah kau jadikan aku parasit,
Jika aku bukan pembawa kebahagiaan,
Janganlah kau jadikan aku pembawa penderitaan,
Jika aku bukan pembawa kegembiraan,
Janganlah kau jadikan aku pembawa kesedihan,
Aku tidak mampu mengubah sejarah,
Tapi, jangan jadikan aku pengulang sejarah,
Jika aku bukan pencipta sejarah kegemilangan,
Jangan jadikan aku peruntuh sejarah ketamadunan,
Jika aku hanya menumpang kasih,
Jangan jadikan aku menumpang kasih manusia,
Aku bukannya alim,
Tapi, jangan kau jadikan aku jahil,
Aku bukan lah pemberi ilmu,
Tapi, jadikanlah penuntut ilmu,
Jika masa lalu itu jauh dengan ku,
Jangan jadikan masa depanku jauh meninggalkan aku,
Jika masa lampau ku gelap,
Jangan kau kelamkan masa depanku,
Jika aku tidak mampu bangkit,
Janganlah kau duga aku lagi,
Andai masa telah tiada untuk aku,
Jangan kau tangguhkan lagi,
Jika aku sengsara,
Jadikanlah mereka disekelilingku bahagia,
Jika aku derita,
Jadikanlah mereka gembira,
Jika aku telah tiada,
Izinkan mereka mengiringiku ke SANA,
Jika aku telah tiada,
Izinkan mereka mengiringiku dengan DOA,
Jika aku telah tiada,
Izinkan mereka mengiringiku dengan KEMAAFAN,
Walaupun aku bukan pencetus,
Jadikanlah aku pembakar semangat,
JADIKAN MEREKA PEMBINA KETAMADUNAN MODEN,
JADIKAN MEREKA PEJUANG DI ATAS JALANMU,
JADIKAN MEREKA YANG BERBAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT,
JADIKAN MEREKA PENCETUS KEAMANAN DUNIA…


~HATI NURANI~